Agensi pelancongan diingatkan patuhi arahan keselamatan semasa

KOTA KINABALU – Para pengusaha agensi pelancongan diingatkan untuk mematuhi arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan keselamatan kawasan pantai dek kerana keadaan laut sekarang yang agak berbahaya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata demikian semasa ditemui di Festival Pantai Tanjung Aru 2024, di sini pada Sabtu.

“Para pengusaha pelancongan dinasihatkan agar berhati-hati dalam menjaga keselamatan pelancong, pengunjung atau penumpang yang perlu diberi keutamaan dengan mematuhi arahan pihak berkuasa mengikut keadaan semasa.

“Jangan nanti jika pihak berkuasa sudah memberi amaran keadaan laut bergelora berbahaya kepada perahu, bot kecil, dan sebarang aktiviti air, ada para pengusaha tetap berdegil mengaut keuntungan tanpa menitikberatkan keselamatan pelancong atau penumpang, itu kita tidak mahu berlaku.

“Pastikan arahan semasa pihak berkuasa berkenaan keselamatan keadaan laut masa ini sentiasa anda patuhi dan ikuti tanpa gagal. Ini bagi memastikan keadaan dapat dijaga dan dipastikan kawasan pelancongan di negeri ini sentiasa selamat untuk semua, barulah akan lebih ramai pelancongan luar datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, katanya, Festival Pantai Tanjung Aru yang diadakan tahun ini mendapat sambutan cukup meriah daripada pengunjung tempatan dalam dan luar negeri mahupun pelancong luar negara.

Sehubungan itu, katanya peningkatan ketara jumlah pelancong bagi setiap tahun menerusi penganjuran festival itu mampu memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Jelasnya, penganjuran Festival Pantai Tanjung Aru merupakan kali yang keempat dan penyertaan untuk festival ini juga meningkat bukan saja dari segi persembahan muzik atau seni dan budaya tetapi bilangan para peniaga kecil juga bertambah sesuai dengan tujuan festival ini diadakan.

“Kita lihat juga sambutan daripada para pelancong yang datang adalah meningkat. Ini yang kita mahu kerana tujuan kita mengadakan festival ini bukan saja untuk memperkenalkan Pantai Tanjung Aru sebagai tempat riadah atau tempat pelancongan tetapi untuk memastikan lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang menyaksikan keindahan yang ada di sini.

“Peningkatan dari segi pelancongan dan banyak penyertaan dari para peniaga kecil membuka peluang keuntungan kepada mereka,” katanya yang juga mewakili Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew menyempurnakan majlis perasmian festival tersebut.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng