Tolak MoU bukti PN tak fikir kebajikan rakyat

KLUANG – Rata-rata masyarakat berpendapat tindakan Perikatan Nasional (PN) yang tidak mahu berunding berkaitan draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan Ahli Parlimen pembangkang membuktikan wakil rakyat PN itu bersifat ego.

Ini kerana menurut mereka, MoU berkenaan melibatkan kebajikan rakyat dan sebagai Ahli Parlimen, kumpulan pembangkang itu seharusnya cakna dengan keperluan dan kemudahan yang memberikan manfaat untuk pengundi mereka.

Bagi kakitangan awam, Sugiman Misbah, 53, berkata, tindakan PN menolak MoU berkenaan adalah suatu yang tidak wajar.

“Sepatutnya pembangkang kena terimalah untuk kebaikan pengundi di kawasan masing-masing. Dia berkepentingan untuk rakyat juga,” katanya kepada The Malaysia Press.

Seorang pesara kerajaan, Zainon Chik, 57, berpendapat, MoU yang dirangka belum itu berada di peringkat akhir dan PN sepatutnya mengambil peluang untuk berbincang demi menjaga kebajikan pengundi.

“Sedangkan MoU itu masih dalam peringkat draf, menurut pengetahuan saya, Kerajaan Perpaduan membuka peluang jika mereka mahu mengubah MoU ditetapkan itu. Tapi PN memilih untuk menolak secara terus.

“Saya rasa macam tak patutlah sebab benda masih boleh dibincangkan. Sepatutnya capai kata sepakat sebab manfaat pun untuk rakyat juga,” katanya ketika ditemui di Taman Ilham di sini, hari ini.

Manakala seorang kakitangan swasta, Nuraliah Hassan, 31, menyifatkan tindakan pembangkang yang masih menjaja dalam ceramah politik mengenai MoU berkenaan jelas menunjukkan mereka cuba meraih simpati meskipun keputusan penolakan itu dibuat sendiri oleh mereka.

“Dia yang tolak perbincangan tu namun masih kata Kerajaan Perpaduan zalim tak bagi muka pada mereka. Tak faham apa yang dia nak.

“Kalau betul dia fikirkan kebajikan rakyat, baik dia bincang dan selesaikan konflik MoU itu. Ini tidak, mereka masih mencanang cerita tolak MoU tapi tak bagi buah fikiran cara sepatutnya Kerajaan Perpaduan boleh ambil untuk puaskan hati mereka.

“Nampak sangat ini agenda politik pembangkang yang berlandaskan kepentingan diri mereka semata-mata tapi tak fikirkan kebajikan rakyat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat berbincang lanjut berkaitan perkara berkenaan selepas pembangkang menolak draf itu dan tidak mahu mengemukakan maklum balas.

Bagaimanapun, katanya, biarpun MoU berkenaan ditolak, Kerajaan Perpaduan tidak meminggirkan mana-mana pihak daripada menerima manfaat peruntukan atau projek pembangunan.

Katanya, ia selari dengan konsep Kerajaan MADANI yang mementingkan inklusiviti, ihsan dan kesaksamaan kepada semua pihak terutama rakyat.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

SERUAN satu akaun dipercayai penyokong Pas supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan bagi memberi laluan kepada Pas supaya Malaysia akhirnya mempunyai pemerintah Islam yang pertama mengundang kecaman pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan