Muhyiddin seperti katak bawah tempurung, fitnah kerajaan harga diesel terus naik

KLUANG – Dalam masa kurang daripada setahun, langkah berani Kerajaan Perpaduan merasionalisasikan subsidi diesel mula menunjukkan hasil, terutamanya dalam memastikan ia tidak memberi bebanan kepada rakyat jelata.

Hakikat bahawa berlaku penurunan ketara dalam jualan diesel sejak penyasaran semula subsidi dimulakan dan jualan diesel komersial menunjukkan trend meningkat bukti jelas bahawa langkah rasionalisasi mengurangkan ketirisan bahan api berkenaan.

Perkara itu terbukti apabila harga runcit bagi diesel merekodkan penurunan bermula 14 Ogos lalu, iaitu RM3.30 seliter dan sehingga kini ia kekal menjunam sehingga RM2.96 sen bagi 19 hingga 25 September.

Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut mengesahkan tiada kenaikan harga barang yang luar biasa dikesan susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel sejak ia dilaksanakan.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih bersikap seperti katak di bawah tempurung apabila membuat tuduhan berbaur fitnah kononya harga diesel akan menaik mendadak selepas kerajaan merasionalisasikan subsidi diesel.

“Mana tidak beri kesan seperti yang dijawab menteri di sidang Parlimen. Umum sahaja hari pertama, peniaga sudah mahu menaikkan barga barang sampai lima ke 10 peratus.

“Malah, harga (minyak) tidak berhenti naik dan sehingga ke hari ini, ia merekodkan peningkatan,” katanya ketika berucap pada ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampong Melayu Timor II.

Terdahulu, Perdana Menteri menerusi Perutusan Negara Jun lalu mengumumkan Kabinet bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung yang dianggarkan membawa penjimatan RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

Beliau berkata, bagi membendung kenaikan drastik harga barangan dan perkhidmatan di Semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel.

Subsidi itu membabitkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menurut Anwar, kerajaan juga bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak termasuk petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor