PRK Mahkota: Politik jahat pemecah belah masyarakat

KEBEBASAN bersuara dan demokrasi seseorang ahli politik tidak seharusnya dijadikan tiket untuk melontarkan pandangan yang boleh menjadi asbab perpecahan kaum di negara ini lebih-lebih lagi pada musim pilihan raya.

Situasi ini berbeza apabila melibatkan hal politik di mana sesetengah ahli politik yang lantang menjadi ‘api’ pemecah belah kaum sedangkan rakyat hidup dengan aman sesama mereka.

Seorang peniaga yang juga merupakan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohammed Farok Ismail, 61, menyifatkan sekiranya perkara ini ditimbulkan ia tidak mendatangkan sebarang faedah dan sewajarnya semua pihak memegang erat prinsip Rukun Negara serta konsep Malaysia Madani yang suarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesuatu parti yang menggunakan isu-isu perkauman ini peroleh kejayaan. Jadi tidak perlulah kita bermain dengan sentimen perkauman dan agama ini, adalah lebih baik jika dapat penyatuan ini berlaku di kalangan kaum Melayu, Cina dan India.

“Masyarakat perlu bersatu padu mengikut prinsip Kerajaan Perpaduan iaitu Malaysia Madani yang di terapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih baik ahli politik bercerita bagaimana mahu membantu rakyat dan memajukan negara.

“Saya fikir melaga-lagakan kaum ini adalah sifat yang tidak baik dan keterlaluan. Peganglah kepada prinsip Rukun Negara dengan sewajarnya,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysia Press pada Jumaat.

Mohammed Farok Ismail, 61

Terdahulu, Polis Johor memberi amaran keras kepada semua parti supaya tidak menyentuh isu sensitif berkaitan 3R (agama, kaum dan raja) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Polis negeri, Datuk M Kumar, berkata pihaknya juga menasihati semua parti, penyokong dan orang ramai agar mematuhi segala peruntukan undang-undang ditetapkan, termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada PRK itu.

Sementara itu, penjawat swasta, yang hanya mahu dikenali sebagai Nita, 29, berpendapat ahli politik perlu berkempen secara berhemah tanpa memetik sebarang isu yang sensitif kerana ia berpotensi membangkitkan suasana ketegangan antara kaum.

“Padahal orang yang tiada kena mengena dalam politik pun boleh timbul pergaduhan antara masyarakat kerana diheret sama oleh ahli politik yang berkempen ketika pilihan raya.

“Pesanan saya kalau boleh jangan di sentuh berkenaan isu melibatkan perkauman. Sekiranya bangkitkan juga, bimbang akan menimbulkan huru hara dan suasana tidak lagi harmoni,” katanya.

Ong Meng Fat, 57

Justeru, Ong Meng Fat, 57, berkata, semua parti politik harus bersatu padu bagi membina masyarakat Malaysia yang maju demi masa depan yang cemerlang.

“Kerana kita masyarakat berada dalam keadaan baik setelah sekian lama. Harap pada mereka yang suka memecah belahkan kaum ini berhenti buat begitu.

“Bersama kita bina Malaysia yang lebih bagus pada masa akan datang,” ujarnya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor