Kongsi kepakaran rentas agensi atasi isu pokok tumbang

PUTRAJAYA – Koordinasi perlu dijalin dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Landskap Negara, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menangani kes pokok tumbang disebabkan angin kencang serta ribut yang boleh menggugat nyawa masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan koordinasi antara Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Landskap Negara dan negeri terutama PBT yang mempunyai kepakaran itu dapat menentukan hal berkaitan penjagaan pokok tua dan mempunyai nilai tumbuhan yang perlu dipertahankan.

“Namun dari segi praktikalnya, kita harus melihat usaha jangka panjang yang dapat dibuat (iaitu) untuk tidak menebang, sebaliknya mengguna kaedah tertentu supaya pokok kekal di sana.

“Namun tidak menyebabkan mudarat kepada masyarakat sekitar atau mereka yang melalui kawasan sekitar,” katanya selepas Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 di Shah Alam, hari ini.

Semalam, beberapa insiden pokok tumbang disebabkan angin kencang dan ribut dilaporkan berlaku di beberapa negeri dengan kes di Pulau Pinang dan Terengganu mengakibatkan masing-masing dua dan seorang individu terkorban.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok