AMK Perlis salur bantuan kepada mangsa banjir Kampung Bakau

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis menyalurkan bantuan kepada 16 keluarga mangsa banjir yang terkesan susulan hujan lebat dan ribut sejak beberapa hari lalu di Kampung Bakau di sini hari ini.

Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat, Mohd Nashriq Othaman berkata, bantuan yang diselaraskan bersama AMK itu menyalurkan bekalan makanan siap dimasak kepada hampir 50 penduduk terjejas banjir.

“Kami prihatin melihat mangsa yang terjejas terdiri daripada kanak-kanak, warga emas dan individu yang tinggal sebatang kara menghadapi musibah ini.

“Jadi kami cuba meringankan beban mereka yang sukar memasak dan mendapatkan bekalan makanan dengan mengedarkan makanan kepada keluarga terjejas,” katanya kepada The Malaysia Press petang tadi.

Tambahnya, terdapat mangsa di kampung tersebut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sena dan ada yang masih tinggal di rumah.

Jelasnya lagi, keadaan agak sukar bagi penduduk kampung bergerak kerana laluan utama digenangi air dan terdapat juga kediaman mangsa yang dimasuki air dari paras pergelangan kaki hingga ke paras lutut.

Terdahulu, sekitar tengah hari turut kelihatan wakil rakyat Indera Kayangan, Gan Ay Ling turun padang meredah air bagi melihat sendiri mangsa banjir di kawasan tersebut.

Related Posts

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

KOTA KINABALU – Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Isnin ini dijangka menyentuh isu pembayaran 40 peratus kepada Sabah, kata Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Menurut Masidi, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

ROMPIN – Dua remaja maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal di Kilometer 150 Jalan Kuantan-Johor Bahru berhampiran Pantai 7, Tanjung Gemok di sini awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Mesyuarat MA63 dijangka sentuh isu bayaran 40 peratus

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Dua remaja maut kemalangan SUV, motosikal di Tanjung Gemok

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Anthony yakin peratusan keluar mengundi capai 75 peratus

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan

  • By Aden
  • August 1, 2026
Anjing viral mati, polis buka kertas siasatan khianat dengan membunuh haiwan