Sarawak mahu tubuh kolej Islam teknikal

MUKAH – Sarawak berhasrat mahu menubuhkan kolej Islam teknikal untuk meningkatkan taraf kehidupan anak-anak Islam di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kolej itu bakal memberi peluang kepada anak Islam menuntut ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.

“Kita juga dapat meningkatkan martabat Islam supaya menjadi contoh bagi seluruh dunia,” kata beliau.

Tambahnya, umat Islam perlu menjalankan tanggungjawab mereka sekali gus meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Dataran Setia Raja di sini pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata rakyat Sarawak juga harus menunaikan tanggungjawab dalam kehidupan mereka melalui dasar muraqabah.

“Dasar pemerintahan di Sarawak untuk mengekalkan keharmonian hidup sesama kita,” ujar beliau.

Selain itu, kata beliau lagi, kerajaan Sarawak sentiasa berusaha melestarikan alam sekitar dalam membangunkan negeri ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar