‘PN pembangkang paling lemah dalam sejarah politik negara’

KLUANG – Pembangkang dilihat gagal memainkan peranan dan berfungsi bagi semak dan imbang kepada kerajaan persekutuan yang ketika ini sekadar memainkan sentimen mahupun tuduhan melulu.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamie Hamil berkata, setakat ini PN hanya bercakap kosong dan melontarkan fitnah kepada pemimpin Kerajaan Perpaduan terutamanya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Jamie Hamil

Menurutnya, pembangkang masih gagal mengikis semangat kepartian yang sepatutnya ditanggalkan sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

“Dalam pengamatan saya, kita memiliki pembangkang paling lemah dalam sejarah politik di Malaysia. Walaupun memiliki ramai Ahli Parlimen tetapi peranan mereka hampir langsung tidak berkesan.

“Mereka (pembangkang) kata kerajaan lemah, mereka itu tiga kali ganda lebih teruk kerana tiada kesan bagus, selain tidak berperanan mempamerkan idea-idea yang berkesan. Tiada langsung tindakan dari pembangkang yang boleh membantu politik Malaysia yang akhirnya mereka memainkan isu-isu lapuk dalam mewujudkan persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Jamil berkata, pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif dalam menjana persaingan idea yang matang dan mantap, namun gabungan itu bertindak sebaliknya dengan hanya mengecam dasar yang diusahakan kerajaan.

Jelasnya, agak malang buat rakyat apabila suara muda dan intelek di kalangan pembangkang yang diharapkan dapat membawa nafas baharu kepada politik negara tidak tercapai kerana PN lebih memilih untuk berhujah secara emosi, tiada fakta dan idea membina.

“Tidak sepatutnya mereka (PN) menolak Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang. Dalam MoU itu sendiri mereka perlu efektif dalam menjadi pembangkang untuk pembangunan negara namun sehingga sekarang mereka tidak melakukannya.

“Apa yang menjadi kegemaran mereka adalah memainkan perkara remeh temeh, mendajalkan atau mengkafirkan (ahli politik) selain (fatwa masuk) syurga dan neraka. Adakah ini peranan pembangkang seperti diharapkan oleh pengundi.

“Rakyat Malaysia ketika ini tidak beruntung mendapat pembangkang yang ramai namun dalam Parlimen sendiri, tiada benda bagus yang mereka bagi. Apa yang dilakukan mereka lebih nak ajak provokasi ataupun mewujudkan konflik dengan Ahli Parlimen Kerajaan,” katanya.

Terdahulu, PN dilihat sudah mula menggunakan sentimen 3R (kaum, agama, raja), selain mewujudkan dakwaan tidak berasas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam mewujudkan persepsi negatif terhadap calon kerajaan.

Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dalam ceramahnya, baru-baru ini menyeru agar masyarakat Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar “alat” UMNO untuk mendapatka undi daripada mereka.

Malah, selang sehari kemudian, Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menyentuh isu 3R, di mana beliau membuat tuduhan bahawa Malaysia bakal jatuh ke tangan kaum Cina berikutan kewujudan projek Forest City yang memberikan manfaat kepada golongan berkenaan.

Related Posts

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan disifatkan sebagai reformasi penting pasaran tenaga kerja yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah membantu memperkukuh kecukupan simpanan persaraan ahli Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk ‘waad’ dan ‘lighad’ ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak