KPWKM beri jaminan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak

KUCHING – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kanak-kanak tersebut berada dalam perlindungan dan penjagaan yang sewajarnya.

“Kanak-kanak yang diselamatkan itu kini berada di Tempat Selamat, di bawah jagaan JKM dan pengawasan PDRM,” ujar beliau dalam kenyataan rasmi di Facebook.

Tambah Nancy, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlibat dari awal dalam operasi ini.

“Kami sentiasa prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak dan tugas JKM dalam hal ini adalah memberi perlindungan, penjagaan dan sokongan sewajarnya kepada kanak-kanak yang diselamatkan agar mereka tenang, selesa dan rasa selamat,” kata beliau lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada orang awam, NGO dan semua yang telah menyuarakan keprihatinan terhadap kebajikan kanak-kanak ini.

“Sokongan anda semua amat dihargai, dan kami akan terus menjalankan tanggungjawab demi kepentingan terbaik kanak-kanak,” kata beliau lagi.

Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu 20 rumah amal milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB Holding) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Difahamkan seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan pihak polis tersebut.

  • Related Posts

    Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

    KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

    TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

    Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

    Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

    Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

    13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

    13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

    Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

    Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

    Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

    Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

    Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

    Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko