Tempoh perkhidmatan bukan ukuran penjawat awam dinaikkan pangkat

MELAKA – Tempoh perkhidmatan seseorang penjawat awam bukan satu ukuran atau jaminan untuk mereka dinaikkan pangkat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut beliau, seseorang itu akan dinilai berdasarkan indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan selain berilmu pengetahuan.

“Zaman ‘seniority’ mendahului proses kenaikan pangkat sudah berlalu. Justeru, penjawat awam hari ini mestilah sentiasa berusaha melaksanakan tugas melangkaui kemampuan agar sentiasa berada pada tahap prestasi yang optimum,” katanya.

Tambah Rauf, penjawat awam di negeri ini juga diingatkan agar sentiasa memelihara tatakelola yang baik serta bertindak sebagai ejen perantara rakyat dan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

Jelas Ab Rauf, program turun padang ‘Wakil Rakyat kepada Rakyat’ akan dilaksanakan dengan lebih kerap dalam usaha memahami keperluan rakyat sehingga ke akar umbi.

“Usaha ini merupakan pendekatan baharu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri agar kehadiran penjawat awam dalam komuniti dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Tegas beliau, semua penjawat awam diingatkan agar terus berpegang teguh kepada integriti dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat rahsia kerajaan selaras Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mengklasifikasikannya sebagai ‘rahsia rasmi.’

Terdahulu, Ab Rauf mengesahkan 468 penjawat awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 39 lagi menerima Anugerah Khas Perkhidmatan.

Beliau turut menjelaskan anugerah itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang 2023.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama