MTPMA63 teliti perkara libatkan hak autonomi Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum ini mendedahkan berkenaan Perkara Perjanjian Malaysia 1963, terdapat sembilan perkara yang berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Perkara ini termasuk kajian semula peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D yang sebelum ini diputuskan sebanyak RM300 juta selesai secara interim.

Manakala tiga tuntutan mempunyai keputusan dasar, berkaitan pemberian kuasa mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman.

Beberapa tuntutan lain yang masih dalam perbincangan melibatkan isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750), hak negeri ke atas pelantar benua.

Penurunan autonomi pendidikan dan kesihatan juga antara perkara yang diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 sebelum ini.

Selain itu, cukai duti stem yang dilihat bercanggah pada peringkat Persekutuan dan kedua-dua negeri itu turut menjadi antara perkara yang masih belum dipersetujui.

Sejajar dengan semangat Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan disambut pada 16 September ini di Sabah, perbincangan lanjut berkenaan beberapa perkara yang tertangguh sebelum ini akan dilaksanakan di Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Majlis tersebut turut dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Selain itu, majlis itu juga akan dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

“Saya berharap mesyuarat itu dapat menyelesaikan isu tuntutan yang sudah lama tertangguh dan keputusannya nanti dapat memberikan impak yang positif,” ujar Hajiji.

  • Related Posts

    Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

    PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan penambahbaikan syarat pengambilan perajurit muda bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat negara ini menyertai perkhidmatan ketenteraan. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

    PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun terhadap seorang bekas pensyarah kolej atas kesalahan membunuh dan melepaskan tembakan ketika melakukan rompakan bank, empat tahun lalu. Panel…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

    Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

    Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

    Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

    Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

    Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

    KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

    KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

    Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

    Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

    YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

    YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat