Diplomasi pertahanan jamin keselamatan, keamanan negara

PUTRAJAYA – Kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara pada zaman berteknologi tinggi ini tidak semestinya bergantung kepada negara berkenaan semata-mata, namun memerlukan kerjasama antarabangsa.

Ini kerana faktor keselamatan dan keamanan masa kini berada dalam kawasan lebih besar dan bukan dalam lingkungan sesebuah negara itu sahaja.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, diplomasi pertahanan seperti perbincangan secara global dan rundingan semeja adalah kunci dalam memastikan keamanan dan keselamatan mana-mana negara ini terus terpelihara.

“Sebagai contoh penganjuran sesi Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, memberi ruang kepada mana-mana negara untuk mengetengahkan cabaran yang dihadapi mereka.

“Cabaran atau masalah serta risiko dihadapi akan dibawa ketengah untuk dibincangkan secara bersama berdasarkan pengalaman masing-masing.

“Di samping itu, pertemuan melalui setiap persidangan pertahanan dianjurkan juga berupaya memastikan diplomasi pertahanan dijayakan,” katanya selepas hari pertama sesi SDD 2024, di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo, berucap pada sesi dialog – yang bermula hari ini – dan disertai lapan menteri serta 900 delegasi dan perwakilan yang mewakili 64 negara.

Mohamed Khaled berkata, diplomasi pertahanan sememangnya satu pendekatan yang dibuat atau diamalkan dalam usaha menjaga keamanan serta memastikan sesebuah negara itu dihormati kawan dan juga lawan.

“Dalam soal untuk menjaga keamanan dan dalam soal untuk memastikan wujudnya kehormatan bagi mana-mana negara, hubungan dengan negara-negara bersahabat itu sangat penting.

“Bukan hanya akan membantu dalam keadaan situasi berkaitan keamanan, malah akan membantu apabila situasi terjadinya konflik dan perkara-perkara lain,” katanya.

Related Posts

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 12 inisiatif baharu melibatkan peruntukan ratusan juta ringgit sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 bagi memperkasa profesionalisme, digitalisasi dan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak bercanggah dasar pendidikan negara jika lepasan UEC masuk IPTA

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan membenarkan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disifatkan tidak bercanggah dengan tunjang dasar pendidikan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Isu jalan di BSI perlu diselesaikan secara harmoni, berpandukan undang-undang

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Unimas mahu pendekatan inklusif tanpa jejas kualiti – Naib Canselor

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Pastikan keselamatan petugas kesihatan dilindungi sepenuhnya – Datuk Wee

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Islam tidak pernah mengajar politik ketakutan

Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

  • By Siti
  • May 18, 2026
Rejim Zionis dilapor guna penyeksaan sistematik terhadap tahanan, penduduk Palestin

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu