Peniaga di Kelantan resah, jualan kian merosot

KOTA BHARU – Peniaga di Negeri Kelantan mendakwa mereka kini berdepan keresahan dengan keadaan perniagaan mereka terjejas lebih-lebih lagi kehadiran pelanggan yang kian berkurang, tidak semeriah dahulu terutama pada hari biasa.

Rata-rata Peniaga di Pekan Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur meluahkan keresahan apabila mata pencarian jualan mereka makin merosot bermula sejak tahun.

Malah, suasana di sekitar kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan termasuk pakaian kelihatan lenggang dan sunyi tanpa kemeriahan pelanggan malah situasi itu lebih teruk berbanding selepas Covid-19 lalu.

Lebih ketara kehadiran pengunjung dilihat berkurangan pada hujung minggu sekali gus membuatkan peniaga lebih banyak ‘berehat’ berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, bilangan pengunjung turut berkurangan pada hari-hari biasa sekali gus membuatkan pekan Rantau Panjang bertambah ‘sunyi’.

Menurut peniaga pakaian Nora Che Noh, 54, berkata, keadaan dan kemerian pengunjung terutama di Pekan Rantau Panjang kini tidak semeriah sebagaimana tahun sebelum ini sehingga tidak menang tangan.

Nora Che Noh, 54

Katanya, peniaga di pekan ini begitu terasa selepas dihimpit Covid-19 malah turut terpaksa menanggung kerugian terutama pada musim tengkujuh yang sering sahaja berlaku saban tahun.

Malah, sejak kebelakangan ini keadaan perniagaan mereka makin berubah malah jualan mereka turut merosot dan berkurangan.

Katanya, meskipun harga barangan masih dijual dengan harga yang sama dan rendah namun keadaan di pekan itu makin membimbangkan.

“Keadaan di Pekan Rantau Panjang kini berbeza dan keadaan ini benar terasa kalau dahulu setiap kali cuti sahaja boleh dikatakan pekan ini menjadi tempat wajib untuk orang datang membeli belah

“Jika dulu pada musim cuti kami (peniaga) boleh mendapat keuntungan cecah ribuan ringgit tetapi sekarang nak dapat pun susah, memang terasa sangat,” katanya ketika ditemui di sini.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press mendapati suasana Pekan Rantau Panjang kini semakin suram daripada kehadiran pengunjung

Sementara itu, Suzi Othman, 48, turut mengakui pekan Rantau Panjang sememangnya telah berbeza dan tidak seperti dahulu ekoran pembeli juga turut memilih untuk berjimat sekaligus menyumbang kepada berlakunya situasi seperti hari ini.

Suzi Othman, 48

Katanya, mahu atau tidak mereka terpaksa terima keadaan selain turut berharap agar perubahan dapat dilakukan demi menaikan kembali mata pencarian mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa kini terdapat banyak persaingan terutama daripada platform jualan dalam talian seperti TikTok dan sebagainya.

“Keadaan pelanggan semestinya tidak sama seperti dahulu walaupun pada musim cuti namun dilihat berkurang.

“Kita harap sangat suasana berniaga kita dapat kembali seperti dahulu dengan mendapat sambutan dari orang ramai,” katanya.

Justeru, beliau juga berharap lebih ramai pengunjung akan datang membeli meskipun terdapat platform jualan atas talian yang memberi kesan terhadap jualan mereka.

Related Posts

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok