Dua staf KKM cedera parah, ambulans KKM langgar belakang treler

BETONG – Pemandu dan jururawat dilaporkan mengalami cedera parah apabila ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melanggar belakang treler di Jalan Memaloi pada pagi tadi.

Difahamkan treler tersebut berhenti di bahu jalan di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan rasmi Pusat Operasi Gerakan Bomba Sarawak, pihak bomba menerima laporan kejadian tersebut pada 4.24 pagi.

Operasi tersebut diketuai oleh Komander Operasi, PBK I KUP Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf dengan lapan anggota lain bergerak ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua mangsa cedera parah iaitu staf KKM, seorang lelaki (pemandu) dan seorang perempuan(jururawat).

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa jururawat dibawa ke Hospital Betong, manakala pemandu dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Pihak bomba turut membuat pembersihan di lokasi kejadian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain terjamin.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman