Andi optimis JKKSK selesai isu kewarganegaraan

TAWAU – Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy optimis penubuhan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Sabah (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas mampu menangani isu penduduk tanpa dokumen dengan segera.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah berkata, isu ketiadaan kewarganegaraan ini telah lama membelenggu negeri ini dan perlu diambil tindakan.

“Kalau kita tidak selesaikan hari ini, kita akan akan membawa masalah ini kepada generasi seterusnya yang sudah pasti bilangannya di Sabah sangat membimbangkan.

“Mereka tanpa dokumen ini bukan dari luar, tetapi mereka memang ada di sini (Sabah) dan ada faktor yang menyebabkan mereka tidak memiliki dokumen misalnya perkahwinan ibubapa dan faktor-faktor lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Program Jiwa Merdeka Bebas Dadah di gelanggang komuniti Kampung (Kg) Tanjung Batu Darat di sini, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Andy berharap agar jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu  dapat mengatasi isu dokumentasi penduduk Sabah yang terlibat.

Mengulas lanjut program berkenaan, beliau mahu agar masyarakat memberi pendedahan dan kefahaman kepada generasi muda tentang kepentingan perpaduan dan keharmonian negara yang dikecapi ketika ini. 

“Sabah merupakan contoh terbaik keharmonian serta perpaduan dan amat penting untuk kita fahami kekuatan kita adalah kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini yang perlu kita kekalkan.

“Oleh itu, generasi muda ini perlu diterapkan sifat mencintai negara dan pengetahuan tentang sejarah lalu yang membawa kepada kebersamaan membentuk Malaysia,” ujarnya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat