Jangan hampiri rasuah

Fakta Utama:
Apa-apa yang berlaku kepada 𝗣erkeso sepatutnya menjadi amaran dan pengajaran kepada agensi yang lain.

Renungan 1:
Perkara seumpama ini bukan perkara main-main kerana yang terlibat dalam kes ni bukannya kecil anak sebaliknya orang berjawatan.

Renungan 2:
Amalan sebegini (penyelewengan) bukan baru-baru ini sahaja berlaku; sudah lama iaitu sekitar tahun 90-an lagi sudah kedengaran tentang tuntutan palsu begini.

Renungan 3:
Begitulah teruknya rasuah dalam negara kita. Kalau diibaratkan pokok, bermula akar, batang, dahan, ranting, dan daunnya berulat.

Renungan 4:
Kata seorang rakan, sangat sukar mahu ditemukan agensi yang bebas rasuah, ibaratnya, macam nak cari benang hitam di atas batu berlumut di tengah malam gelap gelita. Aduha!

Renungan 5:
Tidak mudah dan terlalu banyak liku untuk PMX dan Kerajaan Madani membersihkan isu yang dah berdekad-dekad dan berkerak dengan rasuah. Semua itu memerlukan keberanian dan iltizam yang kuat.

Renungan 6:
PMX dan menteri yang tegas melawan rasuah memang tak popular bahkah dibenci sebahagian penjawat awam. Itulah hakikatnya.

Renungan 7:
Apa kata kalau penjawat awam yang benci PMX itu disiasat sebab, manalah tahu orang macam tu dah biasa makan rasuah. Mereka kehilangan “lauk tambahan” dan itu sebabnya benci sangat mereka kepada PMX.

Tanya kepada diri akan hal ini, kemudian jawab dengan jujur. Jika betul, sokonglah PMX dan Kerajaan Perpaduan.

Beres?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil