Skandal 1BestariNet: Pendidik, murid jadi mangsa

JOHOR BAHRU – Instituisi pendidikan tidak seharusnya dijadikan platform bagi mana-mana projek baharu untuk melakukan ‘test run’ tanpa persediaan menyeluruh.

Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, setiap pemimpin wajar mengenal pasti lebih mendalam termasuklah implikasi di masa hadapan bagi setiap pelaksanaan projek khususnya yang menelan belanja tinggi.

Menurut beliau, kegagalan projek 1BestariNet yang telah dihentikan sebelum ini meninggalkan kesan besar kepada golongan utama instituisi pendidikan iaitu kumpulan guru dan murid sendiri.

“Mangsa adalah murid dan guru ketika itu yang terpaksa menanggung masalah teknikal dihadapi. Ini tak sepatutnya berlaku dan merugikan pelapis muda.

“Banyak lagi platform yang bermanfaat dan boleh memajukan instituisi pendidikan kelak boleh digunakan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press hari ini.

Justeru, beliau menggesa siasatan dijalankan secara telus dan terperinci termasuklah melakukan penangkapan sekiranya perlu.

“Kalau betul apa yang dibongkarkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai skandal projek 1BestariNet ini, kami di pihak Amanah benar-benar kesal dengan ketirisan yang berlaku.

“Ia melibatkan jumlah peruntukan yang sangat tinggi namun manfaatnya tidak dirasai, malah tak meninggalkan kesan positif pun sehingga masa kini. Saya boleh kata projek ini benar-benar merugikan negara.

“Sepatutnya sebelum melaksanakan apa jua projek baharu, mereka yang diberi amanah itu perlulah semak dan ambil tahu kebaikan dan keburukan projek berkenaan,” katanya.

Related Posts

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM