Tiga doktor direman SPRM, KKM sedia beri kerjasama penuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap tiga doktor kanan yang ditahan agensi penguat kuasa itu di Pulau Pinang baru-baru ini.

KKM menegaskan pihaknya tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh kakitangannya.

“KKM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik,” kata KKM dalam kenyataan pada Rabu.

Semalam media melaporkan, tiga doktor kanan yang bertugas di dua hospital di Pulau Pinang ditahan SPRM susulan siasatan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Difahamkan, dua daripada doktor itu ditahan di Hospital Seberang Jaya, manakala seorang lagi di Hospital Bukit Mertajam.

Penahanan tiga doktor itu pagi semalam disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Menurut Azam, siasatan lanjut akan dijalankan SPRM dengan tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka akan ditahan reman.

Pada Julai lalu, Ahli Dewan Negara, Dr R A Lingeshwaran menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya Perkeso digantung, dikaitkan dengan kartel memalsukan permohonan sedemikian.

Lingeshwaran memaklumkan Dewan Negara, mereka digantung sehingga diberitahu kelak selepas Perkeso mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap di Pulau Pinang berkata, beliau difahamkan kartel sedang melobi supaya doktor yang digantung itu kembali bertugas di hospital sama.

Beliau mendakwa terdapat 683 pengeluaran palsu dari 2018 hingga 2022 membabitkan kira-kira RM43 juta, yang mana 16 melibatkan seorang doktor tertentu yang perkhidmatannya ditamatkan selepas kegiatan terbongkar.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat