Johor kekal penyumbang terbesar ekonomi negara

JOHOR BAHRU – Johor menyumbang sebanyak RM730 billion atau 29 peratus nilai perdagangan dalam negara, sepanjang tahun lalu.

Pencapaian tersebut menjadikan negeri itu kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM414 billion dan import bernilai RM39 billion.  

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, angka itu turut didorong oleh peningkatan eksport utama produk petroleum bertapis dan kluster kimia, litar elektronik bersepadu serta barangan elektrik.

“Pencapaian ini bukan statistik semata-mata sebaliknya adalah bukti kepentingan Johor dan peranan penting yang dimainkannya dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Johor komited mewujudkan persekitaran yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan pelaburan. Kita akan berterusan menambah baik infrastruktur dan memudahkan proses perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dipaparkan di laman Facebook beliau sempena Majlis Pembukaan Greif Malaysia (Pasir Gudang), di sini, semalam.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Greif Ole Rosgaard dan Ketua Eksekutif Invest Johor Natazha Harris.

Sementara itu, Lee berkata pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menambah lagi nilai komersil sektor pelaburan di negeri ini.

“Kerjasama unik antara Malaysia melalui Johor dengan Singapura bertujuan merancakkan pertumbuhan ekonomi, inovasi serta dagangan rentas sempadan kedua-dua negara.

“Saya percaya inisiatif ini akan turut beri manfaat kepada pelaburan asing yang menjalankan perniagaan di negeri ini,” katanya.

Berhubung pembukaan Greif, Lee berkata syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu telah membuat pelaburan bernilai hampir RM50 juta di Pasir Gudang dengan menyediakan 150 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan.

Greif merupakan syarikat pengeluar produk pembungkusan yang mempunyai fasiliti pengeluaran di tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Produk yang dihasilkan termasuk pembungkusan industri, steel drums, plastic drums dan intermediate bulk containers (IBCs).

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji