Komuniti Madani tingkat semangat muhibah rai Hari Kebangsaan, Hari Sabah

SANDAKAN – Semangat muhibah antara komuniti tempatan dapat ditingkatkan menerusi Program Hari Merdeka sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 anjuran Komuniti Madani Kampung Ketigas.

Pengerusi Komuniti Madani Kg Kitagas merangkap penyelaras program, Abdul Said Gais berkata, sebanyak tiga kampung yang berdekatan dijemput untuk hadir meraikan dan memeriahkan program itu di sini, pada Ahad.

“Lebih 100 penduduk dari kampung yang terlibat iaitu Kg Pertanian, Kg Garinono dan Kg Sinar Harapan.

“Pelbagai aktiviti diadakan yang bukan sahaja memupuk semangat patriotisme namun juga semangat muhibah dalam kalangan penduduk tempatan.

“Saya melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar.

“Program ini menggalakkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di dalam satu komuniti bagi bersama-sama menjalankan aktiviti kemasyarakatan tanpa mengira peringkat umur, agama dan latar belakang,” ujarnya.

Pengisian program dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka, nyanyian patriotik dan kibarkan Jalur Gemilang.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Penasihat Komuniti Madani Kg Kitagas, Ham Sallleh yang merupakan Ketua Cabang PKR Libaran.

Related Posts

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

LIMBANG – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) disaran terus memperkukuh peranan sebagai platform memperkasa wanita dalam pelbagai bidang. Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, PPWS perlu memberi penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sedia ‘call gateway’ bantu scam luar negara tumpas, tiga lelaki ditahan

IPOH – Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis membongkar sindiket yang dipercayai menyediakan rangkaian komunikasi sebagai ‘call gateway’ bagi membantu kegiatan penipuan dalam talian yang dipercayai dikendalikan dari luar negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Jangan terperangkap ‘peluru’ identiti, perkauman

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Teruskan agenda reformasi, jangan mudah terpengaruh naratif lawan – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Dasar gaji progresif perlu terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat – Nurul Izzah

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

Ancaman Melayu bukan hadir dari kaum lain – Saifuddin

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

PPWS terus perkasa wanita, pacu potensi dan kepimpinan masyarakat Sarawak

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony

Kalah Chennah bukan noktah, DAP mesti bangkit – Anthony