Dua maut selepas motosikal ditunggang bertembung

KOTA BHARU – Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Salor-Pasir Mas dekat RBI Jaya Canopy, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa meninggal dunia dalam kemalangan 5.40 petang itu adalah warga emas berusia 79 tahun yang menunggang Honda Wave dan penunggang Yamaha Y15ZR berumur 28 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang Yamaha Y15ZR dari arah Wakaf Che Yeh ke Kampung Pendek memasuki laluan bertentangan dan bertembung warga emas itu.

“Pelanggaran menyebabkan kedua-duanya mangsa tercampak dan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor MuhammadNaqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok