Tujuh dekad merdeka dan ancaman ekstremisme lunak

[ULASAN] Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia. Tarikh yang memberi makna mendalam sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka pastinya nikmat bebas dan berjiwa merdeka. Menjelang sambutan hari kemerdekaan negara, ingin dikaitkan dengan kata-kata bekas Presiden Indonesia Soekarno, iaitu;

“Perjuanganku lebih mudah kerana melawan penjajah, namun perjuangan kalian akan lebih sulit kerana melawan bangsa sendiri”.

Apa yang dimaksudkan daripada ucapan bekas Presiden Indonesia itu adalah mengingatkan rakyat mengenai ancaman yang mereka bakal hadapi setelah mencapai kemerdekaan. Satu ancaman yang sedang tular sehingga mampu menggugat keharmonian, kestabilan dan perpaduan rakyat ialah ancaman ekstremisme yang semakin berpengaruh kini.

Benar, Malaysia menuju ke angka tujuh dekad setelah mencipta kemerdekaan daripada belenggu penjajah serta kuasa asing. Tentunya, istilah merdeka membolehkan sesebuah negara itu ‘berdiri di atas kaki sendiri’ selain bebas menentukan hala tuju dan wawasan masa hadapan. Namun, kemerdekaan berbentuk politik belum mampu menjamin kesejahteraan rakyat secara total, apatah lagi dengan kehadiran gejala ekstremisme di negara ini.

Ekstremisme yang dimaksudkan di sini bukan bersifat kekerasan fizikal atau hard extremism tetapi ia lebih kepada soft extremism atau ekstremisme lunak yang merangkumi istilah binari oposisi atau merujuk kepada perbandingan dua perkataan berlawanan seperti Islam atau kafir, Melayu atau bukan Melayu dan syurga atau neraka yang mampu menciptakan kesedaran palsu dalam kalangan mereka yang menyakininya.

Amat dibimbangi trend permainan ektremisme lunak akan menyasarkan terus ke jantung bangsa dalam menzahirkan pemaknaan tentang mana yang lebih Islam atau mana yang lebih Melayu, secara sempitnya. Kelunakan ekstremisme ini dilihat berjaya mempengaruhi mereka yang jahil literasi media. Ia dipercayai dilakukan melalui pengaburan maklumat dan pengkelabuan realiti sehingga (dengan sengaja) mencetuskan kepanikan dalam kalangan anak bangsa bahawa ketuanan dan kedaulatan Melayu diancam oleh bukan Melayu selain ditadbir oleh sang pemerintah yang tidak memperjuangkan Islam, misalnya.

Apa yang sedang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu (amnya) adalah pembentukan Islamofobia dalaman atau secara senyap melalui dakyah Islam dan Melayu ekstrem yang ingin menguasai wilayah pemikiran, jiwa dan hati dalam memperluas dan mengembangkan daerah kekuasaan geopolitik sosial. Ia akan membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu tentang erti merdeka itu sendiri yang merupakan suatu gangguan terhadap kesejahteraan bangsa dan negara, juga memperlihatkan perpecahan perpaduan yang berpaksikan fahaman politik pelampau.

Sesungguhnya, kerajaan pada hari ini benar-benar berhadapan dengan cabaran ekstrem dalam mengekalkan kemerdekaan negara, khasnya dalam konteks politik. Pastinya, pembinaan politik negara yang stabil bukan satu tugas mudah. Ia adalah satu proses yang memerlukan kepemimpinan yang baik dan kuat serta komited terhadap keharmonian kaum, agama dan keadilan untuk semua.

Sebagai rakyat Malaysia yang sudah merdeka selama 67 tahun, kita sewajarnya perlu memelihara dan melindungi apa yang kita capai setakat ini dengan persefahaman dan tolak ansur. Janganlah kita membenarkan fahaman ekstremisme lunak dalam bentuk apa pun, memecahbelahkan negara yang kita cintai kerana ini adalah tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal dan bekerja dan akhirnya tempat kita akan disemadikan.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat