Tuduhan politik dajal menyimpang dari prinsip politik demokrasi

KOTA BHARU – Tindakan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza pandangan sebagai ‘lebih dajal daripada dajal’ disifatkan menyimpang dari amalan demokrasi politik negara.

Ketua Biro Syariah Amanah Negeri Kelantan, Dr Mohd Shaarani Mohd Naim berkata, selain boleh membawa kepada ketidaktenteraman, politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar dan tidak dijadikan ikutan generasi baru masyarakat Malaysia.

“Apabila dikaitkan dajal dengan politik yang mengamalkan demokrasi dan berasaskan kepada suara mejoriti maka kita lihat ia adalah tidak sesuai dan jauh menyimpang dari amalan demokrasi dalam negara.

“Perlawan atau pertandingan antara parti dalam demokrasi pilihanraya adalah satu perkara biasa dalam membawa ideologi masing-masing untuk membangun negara.

“Malah, semua parti ada ideologi masing-masing namun ianya bukan membawa ideologi atau perangai dajal sebaliknya semua parti yang ada ini adalah untuk membangunkan negara,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amanah mengajak semua pihak khususnya para alim ulama menghiasi dan memakmurkan politik demokrasi Malaysia dengan akhlak Islam yang baik.

“Justeru, bila dia (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) menyebut pihak lain politik dajal apakah politik mereka itu tidak dajal?

“Ia atau tidak sebenarnya dari segi ideologi dalam mana-mana parti politik adalah perkara biasa tetapi amalan yang dilakukan oleh orang politik itu lagi penting apakah mereka benar melaksanakan agenda agama atau sebut saja agenda agama tapi tidak laksanakan,” jelasnya.

Related Posts

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak