Masa untuk rakyat Malaysia merdekakan jiwa – Fahmi

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia harus berusaha ‘memerdekakan jiwa’ daripada penyebaran kandungan dan komen jelik yang boleh menyakitkan hati orang lain, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia bebas menyampaikan pandangan, penting bagi mereka untuk mempunyai adab ketimuran dan sentiasa mengamalkan tatasusila yang baik.

“Bagi rakyat beragama Islam, kita harus berbalik kepada al-Quran dan hadis dan pada rakyat bukan beragama Islam kita harus berpegang teguh kepada Rukun Negara, dan prinsipnya iaitu Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya selepas menghadiri majlis Malaysia #QuranHour anjuran Yayasan Ummah Ikhlas, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, apabila meneliti aduan yang diterima, kebanyakan akaun yang mengeluarkan kata-kata jelik ini didapati akaun palsu.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital