Penglibatan masyarakat diperlukan untuk tangani isu sosial di Bau

BAU – Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep, menekankan bahawa penglibatan semua lapisan masyarakat perlu aktif untuk menangani masalah sosial di Bau.

Katanya, semua pihak harus memainkan peranan aktif dalam mengurangkan masalah sosial melalui program yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai akta yang ada untuk membantu golongan rentan.

“Kepentingan komunikasi yang berkesan antara pelbagai pihak, termasuk Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, guru, dan organisasi berkaitan, untuk menangani masalah sosial yang kompleks dan merentas pelbagai kementerian serta jabatan,” tegas beliau.

“Saya mencadangkan kerjasama strategik ini dapat diperluaskan dengan penglibatan NGO, pihak swasta, dan komuniti,” tambah beliau lagi.

Henry juga berkongsi statistik dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bau setakat Julai 2024, yang menunjukkan beberapa kes melibatkan kanak-kanak dan pesalah dewasa. Statistik tersebut termasuk tiga kes kanak-kanak hamil luar nikah, dua kanak-kanak di institusi, dua kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah, enam kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, tiga perintah khidmat masyarakat (PKM), tiga kes keganasan rumah tangga, dan dua permohonan hak jagaan.

Meskipun statistik ini tidak membimbangkan, beliau menyuarakan kebimbangan jumlah kes mungkin meningkat sekiranya masyarakat tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Norhayati Abdul Rahman; Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, Aziah Saruji; wakil Pegawai Daerah Bau, Muhammad Zakie Azmin Ismail; dan wakil Ketua Polis Daerah Bau, Inspektor Mohd. Said Ambotang.

Related Posts

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

TENOM – Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) perlu diteruskan hingga ke peringkat kampung bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sekali gus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan