Warga asing guna media sosial sebar maklumat operasi imigresen

KENINGAU – Warga asing menggunakan media sosial khususnya aplikasi WhatsApp untuk menyebarkan maklumat semasa keberadaan anggota adalah satu cabaran operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof menerusi kenyataan media di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, warga asing lebih peka terhadap pergerakan pegawai seterusnya menggunakan WhatsApp untuk menyebarkan maklumat operasi itu.

“Maklumat ini memberi peluang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

“Selain itu, cabaran lain adalah keadaan semasa serta bentuk muka bumi kawasan operasi yang berbukit, berlumpur dan merangkumi kawasan yang sangat luas, juga menyukarkan aktiviti operasi.

“Walau bagaimanapun, daripada 159 orang yang diperiksa dalam operasi itu, seramai 104 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen seperti tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas beliau, jumlah besar PATI yang ditahan adalah warganegara Indonesia iaitu 31 orang lelaki, 30 perempuan dan 26 kanak-kanak.

Manakala, PATI warganegara Filipina ada hanya dua orang lelaki, tujuh perempuan dan lapan kanak-kanak.

Katanya lagi, kesemua akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar, Sabah untuk siasatan dan tindakan susulan.

“JIM akan menjalankan operasi secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar undang-undang Malaysia,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mengingatkan orang ramai dan majikan agar tidak melindungi PATI tetapi membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dengan menyalurkan maklumat berkaitan PATI.

Related Posts

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

SEBERANG PERAI – Perselisihan faham membabitkan masalah rumah tangga menjadi punca seorang lelaki etnik Rohingya maut ditikam di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat dekat sini, petang semalam. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

SEOUL – Sarawak mengorak langkah berani untuk merealisasikan aspirasi menjadi hab teknologi dan semikonduktor berprestasi tinggi di rantau ini melalui sesi libat urus strategik bersama Persatuan Industri Semikonduktor Korea (KSIA) di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Lelaki Rohingya maut ditikam dalam kes rumah tangga

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

Sarawak rintis kerjasama semikonduktor Korea Selatan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Marina tegas tolak dakwaan lompat parti, pilih politik diplomasi demi kepentingan rakyat

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong

Rukun Negara asas jati diri bangsa, rakyat perlu hayati prinsip kebangsaan – Agong