Mahony, Obaid didapati bersalah seleweng RM7.8 bilion dana 1MDB

BELLINZONA – Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland menjatuhkan hukuman penjara terhadap dua pegawai eksekutif di syarikat cari gali minyak, PetroSaudi, selepas didapati bersalah menyeleweng lebih AS$1.8 bilion (RM7.8 bilion) dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tertuduh, iaitu warga Switzerland-British Patrick Mahony dijatuhi hukuman penjara enam tahun manakala seorang lagi, warga Switzerland-Arab Saudi, Tarek Obaid, pula menerima hukuman penjara tujuh tahun.

Berdasarkan kertas pendakwaan, kedua eksekutif itu dituduh menipu dana kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion dengan tujuan untuk memperkayakan diri mereka.

Menurutnya, Obaid menerima sekurang-kurangnya AS$805 juta (RM3.49 bilion) dan Mahony pula sekurang-kurangnya AS$37 juta (RM160 juta).

Pihak pendakwaan menuduh Mahony dan Obaid, membantu menubuhkan usaha sama bersama 1MDB dengan mewujudkan tanggapan bahawa syarikat mereka, PetroSaudi, disokong oleh kerajaan Arab Saudi.

Tertuduh pujuk Lembaga Pengarah 1MDB

Menurut pendakwa raya, tertuduh berjaya memujuk lembaga pengarah 1MDB untuk mendaftar ke skim itu pada 2009 sebelum meneruskan penipuan dana terbabit.

“Kedua tertuduh mewujudkan skim penipuan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang juga penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan atas skandal 1MDB itu.

“Pada mulanya, wang berjumlah AS$1 bilion (RM4.34 bilion) dikeluarkan dari 1MDB bagi membeli kepentingan dalam usahasama mereka, sebelum tertuduh mengambil AS$830 juta (RM3.60 bilion) daripada dana terbabit antara 2010 hingga 2011 sebagai sebahagian daripada pinjaman berkonsepkam Islam, susulan kerjasama mereka,” katanya.

Keputusan itu adalah episod terbaru skandal 1MDB, iaitu kes rasuah antarabangsa yang ‘rumit’ membabitkan beberapa institusi kewangan dan individu di seluruh dunia sejak dakwaan salah laku pertama kali dibuat pada 2015.

Pasukan penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan sejumlah AS$4.5 bilion (RM19.54 bilion) dibawa keluar dari 1MDB selepas penubuhannya pada 2009.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK