Nik Nazmi, Fahmi tarik diri tanding Presiden KLFA

KUALA LUMPUR – Impian dua Menteri Kabinet merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) pada pemilihan jawatankuasa baharu KLFA pada bulan depan tidak kesampaian apabila kedua-duanya menarik diri.

Dua calon terbabit adalah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan mereka menarik diri selepas tidak mendapat persetujuan Kabinet Malaysia.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik Nik Nazmi di laman sosialnya, keputusan penarikan diri itu dibuat selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kabinet hari ini memutuskan untuk anggota pentadbiran tidak bertanding jawatan persatuan sukan.

“Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA,” katanya.

Ujarnya lagi, walaupun tidak bertanding beliau tetap akan memberi perhatian sepenuhnya dalam membangunkan bakat baharu selaku penaung kelab Setiawangsa Rangers.

“Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional.

“Pada masa sama saya akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers, salah satu kelab gabungan KLFA, yang saya asaskan pada 2018,” katanya.

Semalam, Pemangku Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilakukan selepas wujud dakwaan berlakunya sogokan wang menjelang kongres pemilihan badan induk itu pada 7 September ini.

Related Posts

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

MANCHESTER United mengalami satu lagi episod memalukan apabila tersingkir daripada saingan Piala Carabao selepas tewas 2-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi pusingan ketiga di Old Trafford awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah