WHO ramal varian wabak mpox lebih berbahaya

BERLIN – Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan tahap amaran tertinggi di Afrika disebabkan oleh wabak cacar monyet (mpox) varian baharu yang diramalkan lebih berbahaya.

Selain itu, Republik Demokratik Congo, Burundi dan negara jiran juga turut terjejas.

Justeru itu, menurut Steffen Hebestreit, jurucakap kerajaan Jerman, sebanyak 100,000 dos vaksin mpox daripada stok tentera Jerman diagihkan kepada Afrika.

“Jerman bersama-sama rakan kongsi Eropah, juga akan menyokong Kesatuan Afrika dalam menubuhkan pengeluaran vaksin tempatan pada masa terdekat ini,” katanya dipetik oleh Agensi Akhbar Jerman.

Menurutnya lagi, kaedah sebenar vaksin akan sampai ke kawasan yang terjejas masih belum dimuktamadkan.

Selain itu, kerajaan Jerman bersama-sama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berusaha untuk membantu dengan membawa kepakaran daripada institusi pakar Jerman beserta dengan dana yang sedia ada.

Makmal mengesan virus itu akan dihantar ke Republik Demokratik Congo dan pakar juga dilatih untuk mengenali gejala penyakit serta mendidik penduduk mengenai langkah pencegahan.

Related Posts

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

JAKARTA – Beberapa gunung berapi di Indonesia meletus pada Jumaat, dengan Gunung Ili Lewotolok paling aktif merekodkan enam letusan. Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Ili Lewotolok di Nusa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan