Festival Gastronomi Nyamai Sarawak tonjol keunikan makanan tempatan – Nancy

KUCHING Tidak dinafikan Sarawak mempunyai keunikan tersendiri termasuk makanan.

Oleh itu, Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024 dianjurkan untuk mengetengahkan keunikan makanan di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata festival ini meningkatkan profil Sarawak.

“Festival ini berfungsi sebagai pendorong utama merancakkan sosioekonomi rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Selain itu, Nancy juga menjelaskan festival ini turut memberi manfaat kepada kumpulan sasaran terutama penerima bantuan kebajikan dan kaum wanita.

“Ini peluang peserta untuk mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024, Edisi Hari Malaysia pada Selasa.

Sementara itu, Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2024, Edisi Hari Malaysia bakal berlangsung dari 14 September hingga 15 September ini di Kampung Budaya.

Menariknya, acara ini akan menampilkan sehingga 150 vendor makanan, seni kraf tangan dan pelbagai pameran menarik.

Anugerah Gastronomi Nyamai Sarawak juga diadakan untuk menampilkan 12 kategori yang direka bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang perniagaan tempatan Sarawak, dari gerai makanan tradisional hingga inovator mewah.

Turut hadir Presiden Persatuan Gastronomi Sarawak, Datu Edwin Abit, dan Pengarah Acara, Gordon Chung.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah