KOTA BHARU – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat selepas dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, dijangka didakwa esok.
Proses pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dibuat di Mahkamah Gua Musang.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan perkara itu.
“Ya… Tan Sri Muhyiddin akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, setakat ini polis sudah mengambil keterangan 66 saksi bagi membantu siasatan.





