Jalan, tempat letak kereta di sekitar KK ditutup sementara 27-31 Ogos

KOTA KINABALU – Beberapa jalan dan tempat letak kereta di sekitar Bandar Kota Kinabalu ditutup sementara bagi memberi ruang acara perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 pada 27 sehingga 31 Ogos.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) antara lokasi yang terlibat dengan penutupan ini adalah lorong sebelah kiri Jalan Coastal: dari simpang keluar Sutera Harbour hingga simpang masuk ke KK Times Square, lorong sebelah kiri Jalan Mentari: dari simpang masuk KK Times Square hingga ke bulatan SEDCO, Wawasan Plaza dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens berdepan Marina Court.

Selain itu, Jalan Centre Point, Lorong Api-Api Dua dan Lorong Wawasan plaza ditutup secara berkala juga serta Jalan Tun Fuad Stephens: Bulatan SEDCO, Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Centre Point Sabah.

Penutupan jalan dan tempat letak kereta bagi setiap lokasi di atas adalah bermula pada pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.

“Sebagai kemudahan kepada orang awam, tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka tanpa dikenakan caj sepanjang tarikh dan masa penutupan sementara.

“Penumpang bas Zon Selatan akan diturunkan atau diambil di perhentian bas Asia City berdepan bangunan Centre Point Sabah,” kata notis tersebut.

Justeru itu, pihak DBKK menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan penguat kuasa bertugas dan menggunakan jalan alternatif bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.

Related Posts

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

BATU PAHAT – Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi. Suasana pilu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

KLANG – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tepi Jalan Acob, Kapar, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan, lebih 100 hadir beri penghormatan terakhir

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

PRN Melaka: JKOM perhebat usaha bendung berita palsu

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika curi kabel TNB

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Belanjawan 2027: M40 saran kerajaan nilai pendapatan boleh guna, bukan sekadar gaji kasar

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Lebih RM101 juta naik taraf Saratok Waterfront

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja