Anwar anti-Islam?

BEBERAPA waktu dalam dua bulan ini saya turun ke semua negeri Perikatan Nasional (PN) untuk melihat lebih dekat persepsi orang ramai ke atas Perdana Menteri.

Saya bertindak begitu kerana berasaskan situasi dalam media sosial tersebar tuduhan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) anti-Islam.

Tinjauan itu mendapati, sama sahaja pandangan sebahagian orang negeri PN ke atas DSAI sama ada ketika berkomentar dalam media sosial mahupun di lapangan biasa.

Isunya di sini, benarkah begitu – DSAI anti-Islam?

Elok kita lihat polemik ini dari segi penampilan fizikal dahulu.

Dari aspek ini sangat jelas bahawa DSAI berpakaian sopan, umpamanya mengenakan sut Melayu.

Sungguhpun kita tidak melihat DSAI berjubah sekali gus berserban, penggunaan sut Melayu atau yang kerapnya berkemeja lengan panjang itu sudah cukup sopan.

Beliau konsisten mendidik ahli keluarganya yang perempuan bertudung, mengenakan baju kurung secara sederhana – tidak terlalu berfesyen dan tidak bersolek keterlaluan.

Dalam banyak situasi pula, isteri dan anak-anak perempuan beliau terlihat mengenakan sarung tangan yang bersambung dengan lengan untuk menjaga aurat.

Dari segi pemilihan pakaian seperti tudung, stoking, kasut, dan beg tangan oleh isteri dan anak-anak perempuannya, tidak ditemukan barangan yang terlalu berjenama.

Tidakkah itu menepati penampilan yang disarankan Islam? Tidakkah itu bukti bahawa DSAI dan ahli keluarganya mematuhi syariat agama?

Yang lebih penting, tidakkah itu secara tidak langsung telah menafikan tuduhan liar bahawa DSAI anti-Islam?

Dalam program yang membabitkan kunjungan Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) ini saya mendapati, beliau sangat bersederhana dalam bab makan minum.

Sekiranya dalam hal yang sekecil-kecil pun terang dan jelas DSAI amat berhemat, apa asasnya untuk kita percaya bahawa beliau anti-Islam?

Banyak fakta boleh dijadikan sandaran untuk kita menyanggah tuduhan liar pembenci beliau. Nanti kita kupas dakyah ini dan menyanggahnya satu per satu.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan