Tubuh pasukan khas kaji struktur tanah susulan insiden Masjid India

KUALA LUMPUR – Satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengkaji struktur tanah untuk memastikan kawasan di sekitar Masjid India, dekat sini, selamat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pasukan khas membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan diaktifkan secepat mungkin.

“Kita dimaklumkan JMG jenis tanah di lokasi kejadian sesuai untuk pembangunan.

“Bagaimanapun, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak dan melihat kawasan ini,” katanya.

Ditanya berhubung video tular di media sosial mendakwa Kuala Lumpur tidak selamat, beliau berkata, dakwaan itu mesti disokong bukti dan kajian terperinci.

“Saya berpendapat Kuala Lumpur ini dah lama dibina dan selama ini ia selamat.

“Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat… mestilah ada menunjukkan bukti dan kajian yang terperinci,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, pihaknya akan mengutamakan keselamatan pasukan terutamanya anggota yang menyelam dalam lurang kumbahan kerana terdedah dengan gas di pembentung.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula