Jambatan tertinggi di dunia siap tahun depan

BEIJING – Gambar pemandangan dari udara baharu menunjukkan sebuah jambatan tertinggi di dunia sedang giat dibina di China, lapor portal berita Daily Express UK kelmarin.

Dinamakan Jambatan Ngarai Besar Huajing, struktur dibina di wilayah Guizhou, barat daya China itu dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan selama 70 minit untuk menyeberangi ngarai Huajing sebelum ini kepada hanya satu minit.

Ia dibina pada ketinggian 624.84 meter dari Sungai Bedpan, setinggi dua Menara Eiffel di Paris.

Projek mega itu dijangka siap pada 2025 selepas hampir tiga tahun dan ratusan jurutera terlibat dalam proses perancangan dan pembinaannya.

Jambatan itu memiliki panjang 2.81 kilometer.

Ketua jurutera projek itu, Liu Hao berkata, pekerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan itu berumur 35 tahun dan ke bawah.

“Golongan muda cenderung menerima perkara baharu dengan lebih mudah tanpa dipengaruhi oleh pengalaman.

“Mereka juga mempunyai keupayaan kuat untuk melakukan perubahan,” kata Hao.

Menurut laman web kejuruteraan, Highestbridges.com, sebanyak 18 daripada 20 jambatan tertinggi di dunia berada di China.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu