Wan Rosdy nafi tanah rizab Melayu di Pahang kritikal

KUANTAN – Kerajaan Pahang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanah rizab Melayu di negeri itu semakin berkurangan sebagaimana tular di laman TikTok.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, maklumat tersebar adalah fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan Pahang.

“Saya ingin menegaskan bahawa kawasan tanah rizab Melayu di negeri Pahang sejak tahun 1955 sehingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang iaitu 3,597,206.68 hektar, iaitu pertambahan daripada 6 peratus kepada 12.34 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di laman Tiktok yang mendakwa kawasan ranah rizab Melayu di Pahang kritikal dan hanya tinggal lima peratus.

Wan Rosdy memaklumkan, kerajaan Pahang sentiasa memastikan tanah rizab Melayu terus dipertahankan.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan semaklah kesahihan terlebih dahulu dengan pihak berwajib,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017