Jangan buat provokasi! Amaran polis menjelang final Piala FA

KUALA LUMPUR – Menjelang final Piala FA 2024 malam ini, Polis Kuala Lumpur, turut memantau penyokong negeri lain yang cuba mencetuskan provokasi untuk mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pada masa ini pihaknya memantau sebarang elemen provokasi yang dicetuskan melalui mana-mana aplikasi laman media sosial.

“Kita menyarankan penyokong kedua-dua pasukan, penonton perlawanan bola sepak ini baik di stadium mahupun lokasi lain untuk sentiasa bersabar dan menonton dengan penuh semangat kesukanan.

“Jangan buat provokasi, tidak kira yang berada di stadium dan juga menerusi laman media sosial… pihak polis sentiasa memantau mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi,” katanya kepada Berita Harian.

Rusdi berkata, beliau turut mengingatkan mana-mana penyokong untuk tidak menimbulkan sebarang rasa tidak harmoni berhubung perlawanan ini.

“Saya tegaskan kepada semua penyokong atau penonton bukan sahaja yang menyokong pasukan JDT dan Selangor atau mungkin juga penyokong dari negeri lain yang suka menambah-nambah hingga mencetuskan kekecohan.

“Terutama yang berada di stadium malam ini… saya ingatkan sekali-lagi jangan buat provokasi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan seramai 2,488 pegawai dan anggota polis diarahkan supaya mengawasi situasi sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung.

“Kita akan mengawasi sehingga kesemua penyokong dan penonton keluar dari stadium sepenuhnya,” katanya.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka