Kenderaan terbakar di jejambat Miri-Pujut, 6 mangsa sempat selamatkan diri

MIRI – Sebuah kenderaan jenis MPV dilaporkan terbakar dalam kejadian kemalangan kendiri di jejambat jalan Miri-Pujut lewat malam tadi.

Pusat Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rosnani berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 11.57 malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dihantar ke lokasi kejadian pada 11.58 malam dan tiba di lokasi pada 12.03 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah Perodua Alza hangus sepenuhnya dalam kejadian itu.

“Kesemua enam orang di dalam kenderaan itu berjaya melarikan diri dari kenderaan yang terbakar tanpa cedera,” kata Bomba dalam satu kenyataan.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira enam minit untuk mengawal kebakaran dan berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.48 pagi.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa