Kapit dilanda banjir kilat, beberapa kediaman ditenggelami air

KAPIT – Berikutan hujan lebat yang berterusan sepanjang malam pada 21 Ogos sehingga pagi 22 Ogos lalu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kapit ditenggelami air.

Menurut perkembangan terbaru, beberapa rumah panjang dan kediaman seperti Kampung Baru, Kampung Melayu dan Kampung Muhibbah Bletih yang terkesan akibat ditenggelami air.

Selain itu, beberapa sekolah juga tidak terlepas iaitu 10 sekolah rendah dan satu sekolah menengah yang terjejas ekoran kejadian ini.

Antara sekolah yang terjejas ialah SK Nanga Trusa, SK Temenggong Koh, SK Nanga Sempili, dan beberapa lagi di sepanjang Sungai Baleh, Rajang, dan Bena.

Selain itu, jalan yang menghubungkan rumah panjang ke Kapit turut ditenggelami air sehingga dua meter sehingga memaksa penduduk menggunakan bot panjang untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Ketua masyarakat Pemanca Abang Hamzah Bolhassan meminta penduduk bersedia untuk sebarang kemungkinan evakuasi ke kawasan yang tinggi.

“Dewan komuniti di Kampung Muhibbah Bletih disediakan sebagai pusat evakuasi jika diperlukan.

Sementara itu, Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Kapit, Dr. Sia Tih Kong juga memberi jaminan sukarelawan bersedia memberikan bantuan jika keadaan semakin bertambah buruk.

“Walaupun keadaan mencabar, tiada evakuasi dilaksanakan buat setakat ini.

Setakat ini, fokus utama adalah keselamatan penduduk setempat yang terlibat dalam situasi ini.

Related Posts

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

KUANTAN – Seorang anggota polis peronda ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas pengguna Lebuh raya Pantai Timur 2 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera