
KUCHING – Berkampung selama enam hari bermula 19 Ogos sehingga ke hari ini, pasukan kontinjen Sarawak membuktikan betapa kuatnya aura semangat luar biasa mereka dalam menyokong pasukan atlet negeri itu.
Bercakap berkenaan persiapan pasukan sorak itu, guru pengiringnya, Florinoya Peter Ballak berkata persediaan dilakukan dua bulan sebelum dengan pasukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sarawak.
“Kami sudah membuat persiapan awal untuk pasukan sorakan bagi SUKMA Sarawak kali ini,” ujarnya.
Sementara itu, lagu sorakan yang dilaungkan pula adalah lagu sorakan Ultras GB13.
Selain itu, terdapat dua sekolah yang terpilih bagi tugasan sukarelawan ini. Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St.Mary dan St.Theresa.

Malah beberapa peralatan muzik seperti set drum turut dibawa dari kedua-dua sekolah terbabit.
Sememangnya semangat mereka ini turut dirasai oleh orang awam yang turut hadir menyokong pasukan Sarawak.
“Semangat mereka sangat luar biasa. Saya yang mendengar pun rasa teruja. Terngiang-ngiang sampai ke rumah. Lirik lagu pun saya sudah hafal”, ujar penyokong kontinjen Sarawak Siti Nurul Aishah
Dalam perkembangan terkini, Sarawak menyumbang 14 pingat emas bagi sukan terjun.






