Wanita mahu bersalin cemas ambulans dinaiki bertembung MPV polis

TENOM – Seorang wanita yang menunggu masa bersalin berdepan detik cemas apabila ambulans membawanya ke hospital bertembung dengan sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom di Kilometer 13 Jalan Tenom-Keningau yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintenden Ediansha Endal berkata, wanita tersebut dan semua penumpang ambulans selamat dipindahkan ke van ambulans lain dan meneruskan perjalanan ke Hospital Keningau.

”Siasatan awal mendapati pemandu ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Tenom ke Hospital Keningau untuk menghantar pesakit yang mahu bersalin.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan MPV milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu lelaki berusia 37 tahun telah membelok ke kanan dan pada masa sama pemandu ambulans tidak sempat membrek disebabkan jarak yang terlalu dekat lalu mengelak ke kanan jalan.

“Bagaimanapun, ambulans tersebut telah terlanggar bahagian tepi kenderaan MPV berkenaan dan menyebabkan kedua-duanya hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan,” katanya menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Tenom pada Isnin.

Katanya, akibat kemalangan itu penumpang lelaki di dalam kenderaan MPV hanya mengalami kecederaan ringan.

”Kedua-dua kenderaan tersebut dibawa ke IPD Tenom untuk tindakan lanjut dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas Ediansha.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama