Jualan Karnival SUKMA Sibu mampu raih pendapatan RM100,000 – Tiang

SIBU – Karnival Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Stadium Tertutup Sibu dijangka mencatat jualan lebih RM100,000 dalam tempoh seminggu penganjurannya.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berbekal dengan baki empat hari lagi, Tiang percaya sasaran tersebut akan tercapai berikutan jualan oleh usahawan tempatan yang berjaya melepasi RM50,000 dalam tiga hari pertama.

Tiang turut menyatakan keyakinannya berasaskan pengalaman penganjuran karnival sebelum ini, termasuk ketika temasya Sukan Sarawak (SUKSAR).

Selain itu, beliau juga mencadangkan penganjuran karnival yang lebih besar pada masa depan untuk memberi ruang kepada usahawan tempatan mempromosikan produk mereka.

“Saya amat percaya dengan kualiti produk mereka dan penting untuk kita memberi platform kepada mereka untuk berkembang,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Karnival Sukma XXI Sarawak 2024, Sibu.

Menurut Tiang, karnival ini juga berfungsi sebagai medium meraikan perpaduan dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia, dan beliau menegaskan acara ini bersifat inklusif dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting serta Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula