Ekonomi Malaysia pesat 5.9 peratus pada suku kedua 2024

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi dari jangkaan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus bagi tempoh suku tahun kedua 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, kepesatan ekonomi disokong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, di tengah-tengah keadaan pasaran buruh yang positif dan sokongan dasar lebih besar.

“Selain itu faktor yang turut menyumbang adalah dalam peningkatan eksport barangan dan ketibaan pelancong yang lebih tinggi, serta pengembangan kukuh dalam aktiviti pelaburan.

“Pada masa sama, pertumbuhan lebih rendah dalam pengeluaran perlombongan, susulan gangguan pada sektor lapangan minyak dan gas memberikan sedikit tekanan kepada pengembangan ekonomi,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi Malaysia bagi suku tahun kedua 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata pertumbuhan pada separuh kedua tahun 2024 akan didorong oleh perbelanjaan dalam negeri dengan sokongan permintaan luaran yang terus kukuh.

“Di dalam negeri, perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan serta langkah-langkah dasar. Aktiviti pelaburan akan didorong oleh projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam.

“Inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan-pelan induk nasional, serta lebih banyak pelaburan yang direalisasikan juga merupakan pendorong utama untuk aktiviti pelaburan.

“Dari segi luaran, peningkatan kitaran teknologi global yang berterusan dan permintaan yang terus kukuh dalam barangan bukan elektrik dan elektronik dijangka meningkatkan eksport. Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus bertambah baik,” katanya.

Tambahnya lagi, risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi merangkumi limpahan peningkatan kitaran teknologi yang lebih besar, aktiviti pelancongan yang lebih giat serta pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat.

“Risiko prospek pertumbuhan Malaysia menjadi perlahan berpunca daripada pengurangan permintaan luaran, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat