Mantan Mufti Negeri Sembilan meninggal dunia

SEREMBAN – Bekas Mufti Negeri Sembilan keempat, Datuk Mohd Yusof Ahmad menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Marida pada jam 7.43 malam Selasa.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh menantunya, Danial Farhan Dolmat menerusi hantaran di Facebook.

“Dengan hati yang redha pada ketentuan Ilahi dan sedih dengan perpisahan, ayah mentua saya Sahibus Sa‘adah Datuk Mohd Yusof bin Ahmad, mantan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.43 malam tadi,” katanya di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Danial berkata, bapa mentuanya sebelum itu menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM akibat penyakit kanser hati.

“Allahyarham koma pada jam 3.30 pagi tadi ketika menerima rawatan di hospital dan meninggal dunia dalam keadaan koma. Allahyarham meninggal dalam keadaan tenang dan mudah,” katanya.

Menantu Allahyarham yang juga Imam Masjid Negeri, Danial Farhan Dolmat berkata, arwah bapa mentuanya menghidap kanser hati sejak sebulan lalu.

“Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak kebelakangan ini meskipun mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar.

“Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 7.43 malam ini di sisi isteri dan ahli keluarga,” katanya.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri, Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan (1952–1957) sebelum melanjutkan peringkat menengah di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri (1958), Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol (1959–1961), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (1962–1963) dan Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (1964–1965).

Pada tahun 1966, beliau memperolehi Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya dan Diploma Pendidikan (1969) di kolej yang sama.

Allahyarham kemudian menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah pada 1970 dan memperoleh Sarjana Muda Usuludin (Tafsir & Hadith) pada 1972.

Di universiti yang sama, Allahyarham berjaya memperoleh Sarjana Syariah dalam jurusan Fiqah Perbandingan.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai guru bahasa Arab di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban sebelum dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban.

Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai pengetua di beberapa buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Seremban (SMKA Seremban) (1980–1985), Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (Oktober 1985–April 1987), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban (1987–November 1988), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Melaka (SMKA) (1988–Februari 1989), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS) (Mac 1989-1997) dan Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998–Februari 2000).

Selain itu, Allahyarham juga terbabit sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji, Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’ dan Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.

Allahyarham dilantik sebagai Mufti keempat Kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009.

Allahyarham meninggalkan isteri dan enam anak membabitkan tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di Masjid Kariah Taman Marida malam ini manakala pada pagi esoknya akan dibawa ke Masjid

Negeri untuk solat jenazah kali kedua sebelum pengembumian di Makam Haji Mohd Said.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat