Johor cadang letak Forest City bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

ISKANDAR PUTERI – Hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura diyakini terus utuh melalui cadangan meletakkan Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, perkara itu telah dibincang di peringkat negeri dan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa JS-SEZ.

Kata beliau, lokasi SFZ berdasarkan beberapa faktor, termasuk lokasi strategik serta perancangan yang bersesuaian dengan naratif asal pembangunan kawasan terbabit.

“Hasrat berhubung pelaksanaan SFZ Forest City ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira setahun lalu dan pelbagai usaha telah digerakkan sejak itu.

“Satu sektor baharu yang ditambah dalam pembangunan Forest City adalah sektor kewangan di mana ia selari dengan infrastruktur yang dibangunkan di situ dan itu antara sebab kita cadangkan SFZ di Forest City dan kini perancangan itu sedang giat dijalankan.

“Lokasi berhampiran dengan Singapura yang merupakan hab kewangan dan logistik antarabangsa rantau ini adalah kelebihan dan peluang buat Forest City menjadi pelengkap kepada republik itu.

“Fokus kita adalah membantu pelabur melabur ke SFZ Forest City, untuk itu kita perlu perkukuh perkara asas seperti tenaga kerja berkemahiran dan kesalinghubungan antara kawasan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, majoriti industri kewangan Johor masih bersifat konvensional dan kerajaan negeri komited meningkatkan lanskap ekonomi itu dengan melibatkan penyertaan industri seperti sistem perbankan moden.

Katanya, langkah itu akan membolehkan Johor menjadi pelengkp kepada industri kewangan di Singapura sekali gus membolehkan kerajaan negeri membangunkan industri ekonomi baharu di Johor melalui SFZ Forest City.

“Kita jangka lebih banyak maklumat berkenaan pemberian insentif untuk SFZ dijangka diumum menjelang akhir bulan ini iaitu sebelum perjanjian JS-SEZ ditandatangani Malaysia dan Singapura.

“Kita juga cadangkan SFZ Forest City menjadi sebahagian inisiatif JS-SEZ, jadi apa sahaja insentif dinikmati melalui JS-SEZ akan turut dinikmati dengan SFZ.

“Jika langkah ini berjaya dibuat, ia akan memperkukuh hubungan kedua-dua pihak sekali gus membolehkan Malaysia mengadakan lebih banyak kerjasama ekonomi dengan Singapura pada masa depan,” ujarnya.

Menurut beliau, antara cara pembangunan ekonomi yang dikaji termasuk bagi membolehkan pelaburan asing Singapura meluaskan rangkaian perniagaan mereka dengan membuat pelaburan dan membuka pejabat di Forest City.

Tambahnya lagi, pelbagai sektor perindustrian sedang dibincang antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan, syarikat kewangan serta pengurus dana tempatan dan luar negara sejak pengumuman SFZ Forest City dibuat.

“Majoriti mereka bertanya tentang insentif dan produk bersesuaian yang boleh ditawarkan, jadi kita juga sedang membangunkan sektor khas yang unik untuk mereka di Forest City.

“Kita mahu syarikat antarabangsa jadikan Forest City sebagai lokasi pelancaran produk bagi menembusi pasaran antarabangsa,” jelasnya sambil menambah apabila pengumuman insentif dibuat, syarikat kewangan antarabangsa dijangka akan mula melabur masuk,” katanya.

Related Posts

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling