Lelaki OKU antara tujuh individu dituduh mengedar dadah

BATU PAHAT – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) antara tujuh individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, awal bulan ini.

Tertuduh, Lim Hon Yin, 34, yang kudung kaki kanan merupakan tertuduh pertama, Lee Woei Shyang, 38, (tertuduh kedua); Chu Zhang Quang, 49 (ketiga); Kerk Jason, 32 (keempat); Jirpron Chimpakdee, 25, (kelima); Ngoc Anh Truong, 24, (keenam) dan Palita Soparak, 24, (ketujuh), berdepan hukuman mati mandatori selepas dituduh dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Memetik laporan Harian Metro, kesemua tertuduh termasuk tiga wanita warganegara Thailand dan Vietnam itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah jenis 3,4 methylenedioxy methampethamin (MDMA) dengan berat kasar 5,134 gram (g) dan 108.49g, di sebuah kondominium Hillview Loft, Taman Istana, di sini, jam 7 petang, 1 Ogos lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan ini, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukumannya, kesemua tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup jika tidak dikenakan hukuman mati dan sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Pertuduhan ketiga dan keempat pula, mereka mencapai niat bersama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin berat kasar 96.46g dan nimetazepam, 15.41g dengan kedua-dua kejadian ini berlaku pada tempat, tarikh dan waktu sama.

Untuk pertuduhan ini, kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen ini ialah denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam kecuali Chu diwakili Tan Song Yan.

Related Posts

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

SIK – Keadaan air Tasik Gubir di Empangan Muda, di sini yang surut susulan cuaca panas dan musim kemarau menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu apabila hasil tangkapan ikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

SHAH ALAM – Semangat sambutan Maulidur Rasul wajar diterjemahkan melalui amalan kasih sayang bagi mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni dan saling menghormati, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM