UMS tuan rumah SUKUM 2024

KOTA KINABALU – Seramai 2,303 atlet daripada Staf Universiti Awam seluruh negara berkampung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Kejohanan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2024 bermula dari 10 sehingga 17 Ogos nanti.

Naib Canselor UMS, Dr Kasim Md. Mansur berkata, ini merupakan kali kedua Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi tuan rumah SUKUM iaitu yang terakhir pada tahun 2003.

Katanya, sebanyak 20 kontinjen dari universiti awam yang akan bersaing untuk mendapatkan 139 pingat emas daripada 23 jenis sukan yang dipertandingkan. 

“Semua atlet bersaing secara sihat dan semangat yang tinggi sekaligus menjadikan platform sukan untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Sektor pendidikan tinggi negara harus terus menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan pembangunan sukan negara dengan lebih bermakna,” katanya di sini, pada Sabtu. 

Sebagai rekod, Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai  johan keseluruhan dengan memungut 18 emas, 19 perak dan 15 gangsa pada SUKUM tahun 2022. 

Majlis perasmian SUKUM disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif. 

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan