Tanah 7,000 hektar bakal jadi milik peneroka Kesedar

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) sedia menyerahkan hak milik tanah seluas 7,000 hektar kepada peneroka dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pecah lot untuk tanah itu sudah selesai dilakukan.

Katanya, seramai 2,200 peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar akan mendapat hak milik tanah berkenaan.

“Perkara ini dalam proses sebelum diserahkan hak milik kepada peserta membabitkan 7,000 hektar,” katanya pada sidang media selepas Program Temu Mata Bersama Peserta Kesedar pada Jumaat.

Hadir sama pada program itu adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Kesedar, Datuk Zawawi Othman.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengingatkan kerajaan negeri tidak mengugut rakyat dengan mengatakan kuasa penyerahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan kerajaan negeri.

“Itu tidak betul kerana di mana ianya membabitkan tanah Kesedar dan kita membayar premium, kerajaan negeri tiada hak.

“Apabila tanah itu milik kita, kita berhak memberi hak milik kepada peneroka.

“Jadi, saya mengingatkan semua pengundi supaya jangan terpedaya dengan ugutan berkenaan.

“Saya meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri terus memberi kepercayaan kepada BN pada 17 Ogos nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah berbangkit terutamanya dalam isu pemilikan tanah di bawah rancangan Kesedar.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti