Beasley yakin boleh hadiahkan pingat

PARIS – “Saya percaya kami boleh berikan anda hadiah,” kata jurulatih berbasikal trek negara John Beasley menjelang acara keirin lelaki Olimpik Paris 2024 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, hujung minggu ini.

Pemenang pingat perak, Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan menjadi tumpuan seluruh negara yang menantikan kilauan pingat emas Olimpik pertama, pada dua hari terakhir temasya berprestij itu.

Kedua-duanya menamatkan kempen acara pecut pada Rabu, selepas tersingkir pada pusingan 1/8 (Azizul) dan 1/32 (Shah Firdaus) sebelum berehat bagi menghadapi acara kegemaran mereka itu.

Dalam acara pecut, Azizul yang meraih julukan The Pocket Rocketman memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan mencatat 9.402 saat untuk menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan ke-10, sekali gus mengatasi rekod sebelum itu 9.523s yang dilakukan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai, tahun lalu.

Beasley berkata, anak buahnya kini ‘mendapatkan kelajuan’ diperlukan untuk meneruskan momentum esok dan Ahad ini.

“Jadi sekarang hanya sesi latihan ringan dan berehat dan harapnya pada Ahad kami boleh bawakan momentum yang baik. Saya mempunyai penunggang keirin terbaik dunia, bila-bila masa (boleh menang) tiga terbaik.

“Paling utama kami dapat kelajuan yang diperlukan untuk menang. Jadi, sesiapapun dalam saringan kami, siapa di gelanggang, kami mempunyai kelajuan untuk melakukannya.

“Kami datang ke sini untuk memenangi acara kegemaran kami (keirin), kami menuju sasaran, saya lega,” katanya.

Pusingan pertama dan repechages dijadualkan esok manakala suku akhir, separuh akhir dan final akan diadakan pada Ahad, hari terakhir Sukan Olimpik Paris.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM