76 PATI ditahan JIM Johor

JOHOR BAHRU – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui serbuan di tiga daerah pada Selasa dan Rabu lalu.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan di sekitar Muar, Mersing dan Johor Bahru itu telah membabitkan pemeriksaan ke atas 31 buah premis dan rumah pekerja asing.

“Di Mersing melibatkan lima buah premis termasuk rumah pekerja diperiksa dan lapan lelaki warga Indonesia berusia 23 hingga 54 tahun ditahan.

“Menerusi Ops Bersama, Ops Mahir dan Ops Sapu di Muar pula, pemeriksaan dilakukan di sembilan premis dan berjaya menahan empat lelaki Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan dua serta tiga wanita Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara serbuan di sekitar Johor Bahru, beliau berkata ia melibatkan Ops Mahir, Ops Belanja, Ops Sapu dan Ops Selera di mana 17 premis diperiksa.

Jelasnya, tangkapan itu melibatkan 17 lelaki Bangladesh, tiga lelaki dan seorang wanita Indonesia, empat lelaki Myanmar, 25 lelaki dan seorang wanita India, seorang lelaki Pakistan serta seorang lelaki Sri Lanka.

Mohd Rusdi memberitahu, kesemua mereka berusia 20 hingga 54 tahun itu di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Katanya, mereka juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia selain Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa.

Beliau berkata semua tahanan kini ditempatkan di Depot Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari